Selasa, 15 April 2014










1. Kelebihan : 100% pure cotton

Faedah : " Kain cotton ini merupakan fabrik 100% pure cotton tanpa campuran bahan lain seperti Polyster, Viscose, Satin dan sebagainya. Kandungan cotton yang padat pada kain ini akan memberikan kita keselesaan yang lebih tinggi. Bahan organik ini juga akan memberi pengudaraan yang baik apabila siap dijadikan pakaian nanti. Sudah tentu ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur "

2. Kelebihan : tenunan benang "40 x 40"

Faedah : " Kain cotton ini ditenun begitu baik sekali dengan tenunan benang: 40 x 40 melintang dan menegak (istilah tenunan kilang). Kain tidak terlalu jarang dan tidak terlalu nipis. Ini membantu kita lebih yakin menggayakan pakaian dari kain jenis ini berbanding yang lain. Tambahan pula, tenunan begini memudahkan kerja memotong dan menjahit nanti. "
3. Kelebihan : Tidak keras dan mudah diuruskan.

Faedah : " Kain cotton ini lembut dan tidak kasar permukaanya. Kita akan lebih mudah membasuh dan menggosok nanti. Fabrik jenis ini tidak berkanji dan tidak mengecut teruk seperti yang ramai orang risaukan. Apabila siap dijadikan pakaian, ia juga tidak mudah renyuk dan berkedut, memang selesai dan nyaman dipakai. "
4. Harga yang berpatutan dan mampu milik.

Faedah: "Harga yang ditawarkan cukup rendah berbanding dengan harga pasaran di Malaysia yang dijual dengan harga ++RM60.00 semeter bagi kain yang sama kualiti dan sama gred. Kain kami diimport sepenuhnya dari kilang yang mengeluarkan corak untuk pasaran Eropah dan UK. Oleh yang demikian, coraknya lebih kepada English Style" 

Antara soalan yang sering ditanya, kain ni english cotton ke?.. Japanese cotton?.. 

Perkara yang anda perlu tahu mengenai fabrik cotton. Sebenarnya English cotton, Japanese cotton atau Vietnam cotton itu hanyalah nama bagi fabrik cotton yang bercorak English/Japanese/Vietnam. Kadang-kadang nama itu diambil sempena atau merujuk kepada tempat asal sesuatu fabrik tersebut dikeluarkan.

Viscose cotton, satin cotton dan silk cotton itu, barulah merujuk kepada jenis-jenis fabrik cotton. 100% pure cotton bermaksud fabrik tersebut diperbuat daripada 100% cotton dan tiada campuran dengan bahan fabrik lain seperti viscose, satin, linen, nylon dan lain-lain fabrik sintetik.

Tahukah anda?
Kawan-kawan, kain cotton ni banyak jenis. Sama mcm beg tangan Gucci, banyak gred, ada yg original, ada jenis one to one, ada jenis AAA dan ada gred pasar malam. Setiap kualiti adalah berbeza, sebab tu harganya pun berbeza. Tepuk dada tanya selera.